Isnin, 8 Mac 2021

 


Bersempena hari wanita, Joyah ingin mengucapkan Hari Wanita Sedunia. Berpandukan pada tema tahun 2021 ini, ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’ia jelas menunjukkan bahawa kuatnya kaum wanita menghadapi cabaran dengan ujian yang melanda seluruh dunia tika ini.

Pandemik yang melanda negara telah menguji kehidupan kita semua, dan di sinilah kita melihat kekuatan insan bergelar wanita walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita mampu bangkit dan kekal berjaya keluar daripada cabaran tersebut. 

Sayangilah dan hargailah diri sendiri demi menjadi insan bahagia yang hebat. Di era ini, wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. 

Tiada siapa yang boleh membangunkan wanita, selain kaum wanita sendiri. Joyah harap, kita saling memberi sokongan anta satu sama lain.

The strength of a woman can carry the weight of the world. Keep Smiling and Stay Strong 
Next
This is the most recent post.
Catatan Lama

0 ulasan:

Catat Ulasan