Jumaat, 5 Mac 2021

 

Photo credit: Shopwear
Setiap wanita pasti mempunyai minat yang mendalam terhadap beg tangan. Ada juga yang beli beg tiap bulan untuk buat koleksi. Walaupun kita tak guna hari-hari, tapi kerana minat, macam-macam warna dan rekaan yang kita kumpul.

Joyah puan suka beg tangan, kalau boleh nak kumpul semua warna dan semua rekaan. Joyah tak kisah sangat mahal atau murah, kadang-kadang beli juga yang tak ada jenama. Untuk kepuasan.

Tak semua orang mampu beli semua jenis beg tangan untuk kegunaan tertentu. Kali ini, Joyah nak kongsi 4 jenis beg yang wajar ada dalam koleksi yang sesuai untuk pelbagai kegunaan.

1. BEG TOTE
Beg Tote Sometimes


Setiap wanita perlu mempunyai sekurang-kurangya 1 Tote beg. Tote beg atau nama lain, ‘beg pasar’ ni banyak kegunaan, sesuai untuk diguna ke mana saja. Macam-macam boleh sumbat. Bukan setakat dompet, buku, majalan, laptop, barang dapur, make up. Boleh dikatakan 'serba boleh'!

Tote beg ada yang jenis kanvas, kain cotton, kulit dan lain-lain. Yang tengah trending sekarang ni, tote beg dengan nama sendiri.

Joyah ada banyak tote bag. Kebanyakkannya dapat ‘free’ ataupun PWP dengan harga murah. Tiap kali nak pergi shopping, boleh lipat dan masuk dalam beg galas.

2. BEG SILANG

Beg Silang Charles & Keith

Beg silang adalah beg paling ‘versatile’. Boleh silang atau di sisi. Kebanyakkannya boleh dilaras talinya. Beg silang memang kegemaran para ibu, sebab senang dibawa. Kalau naik tren pun mudah. Saiz beg silang paling sesuai adalah yang boleh memuatkan dompet, telefon, kunci, tisu, cermin, gincu dan power bank. 

3. BEG ‘DRESSY’  

Dresst Beg Gucci Marmont

‘Dressy’ beg atau ‘Evening’ beg ni adalah beg yang ‘fancy’ untuk digunakan ke majlis makan malam, kenduri kahwin atau majlis rasmi. Barulah ada gaya! 

Joyah ada beberapa dressy beg. Salah satunya gucci marmont. Beg kulit memang tahan lama. Jadi tak perlu beli setiap bulan. Sebaiknya beli warna yang senang untuk digaya dan dipadankan dengan baju dan kasut. Warna hitam atau coklat adalah warna paling selamat.

4. BEG GALAS 
Beg Galas h&m

Beg galas adalah sangat ‘chic’, ‘versatile’ dan serbaguna. Joyah suka guna beg galas sebab seimbang pada bahu. Sesuai untuk keluar jalan-jalan dan boleh sumbat macam-macam.

Sekarang ada macam-macam jenis fesyen beg galas dengan pelbagai saiz. Saiz mini pun sudah cukup untuk isi barang penting.

Joyah harapnperkingsian ini bermanfaat. Tak perlu beli banyak beg tangan untuk kegunaan harian. Cukup satu untuk setiap kegunaan.

Catatan Terbaru
Previous
This is the last post.

0 ulasan:

Catat Ulasan